Jumaat, 20 Ogos 2010

PEMBIKINAN SUGARPASTE/FONDANT JEJAKA 3D




Salam baking dari saya, tempoh hari saya 3D Bentuk Manusia dari fondant. Ia amat mencabar dan menyeronokkan bagi saya. Ramai bakers kata buat 3D fondant ni senang dan ada juga yang kata remeh, leceh dan macam-macam lagi. Apa yang dikatakan semua bakers memang betul. Semuanya betul. Senang sebab minat, remeh sebab kita banyak-banyak sabar buatnya. Sebab kena telitikan kalau tidak yang jadi. Nak buat manusia jadi alien macam tu? Tapi jadi alien pon ok juga kan... Seni fondant gak tu. 

Saya tak belajar dari mana-mana class buat 3D fondnat ni. Cuma saya cuba ingat saya kecik-kecik dulu suka main playdoh buat macam-macam. Jadi saya cuba je la.  Alhamdulillah, hasilnya begini untuk saya yang tak belajar dari pakar. 

Saya namakan 3D ni Jejaka Perasan. Ok tak? 




Photobucket

Khamis, 19 Ogos 2010

TEDDY BEAR JULING? SIAN DIA







Kesian teddy bear ni, tengok mata dia satu pandang ke kiri dan satu pandang ke kanan.... Tengah mencari madu untuk berbuka puasa kot.



Yang ni pon sama, juling? Tapi yang ni dua-dua biji mata pandang kat tengah-tengah.



Seronok buat 3D Fondant ni. Macam-macam reaksi muka boleh keluar kat fondant teddy bear ni. 





Photobucket








SIMPLE CUPCAKES TAPI SEDAP... YUM YUM YUM


Color full cupcakes ni. siap ada chocolate rice lagi tu..



Ada bentuk heart, bunga di taman, 




cupcakes yang ceria kanak-kanak suka, rasanya bukan kanak-kanak je suka. Orang tua pon suka.  
Bulan puasa begini sekali sekala makan kek ok juga, sebagai dessert. Jangan makan banyak-banyak pula nanti kacau nak diet. ;)

Selamat berpuasa semua.



Photobucket

Sabtu, 14 Ogos 2010

MAWAR FIRUS FCCR



KEK: COKLAT MOIST 
TOPPER: FONDANT  
FILLING:  CHOCOLATE CHIPS
SIZE : MEDIUM
KUANTITI: 16PCS


Cupcakes ini untuk hantaran tak silap saya dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. Tak tidur malam saya buat tempahan kali ini. Nak buat bunga ros kecil ini bagi rasa cukup renyah (rumit, memang masa) sebab kecil dan kena buat banyak. Kena buat 2 hari awal hanya untuk bunga fondant itu sahaja. Kalau orang lain buat mesti kejap je kan. Apa-apa pon seronok buat tempahan kali ini. 

Ceria bersama Fazi Fuzy Cakes. 




Photobucket

Jumaat, 13 Ogos 2010

MAMEE MONSTER : BCC





KEK: NENAS
TOPPER:  BUTTERCREAM + BISKUT TIGER
FILLING:  BLACK BERRY
SIZE : SMALL
KUANTITI: 16PCS


HAPPY BIRTHDAY SARAH MAWADDAH


Seminggu dua ini saya ada masalah dengan kotak cupcakes. Di kawasan rumah saya kotak cupcakes dah kehabisan stok.  Terpaksa la tukar kotak pakai kotak kek. Susah juga ye. Cupcakes kat dalam kotak bergerak. Harap-harap cepat-cepatlah stok sampai. Tak cantik dan tidak kemas pakai kotak lain. 


Photobucket

RESIPI CHOCOLATE CAKE. JOM KITA CUBA BUAT





Inilah  hasilnya  yang saya buat untuk cupcakes. 




Salam sejahtera semua, 
Ramai pelanggan saya yang telah mencuba cupcakes coklat yang meminta resipinya. Ilmu tak boleh lokek, ilmu kena dipanjangakn walaupun saya buat bisnes ia tidak menjejaskan pendapatan saya. Di sini ada video bagaimana membuatnya. 


Saya telah menggunakan resipi dan kaedah yang digunakan dari SeriousCakes. Memang sedap....  tak rugi mencuba. Kalau rasa malas nak mencubanya boleh order terus dengan saya. 






Ini resipinya. Selamat Mencuba !





Chocolate Cake:




 2 cawan gula
1-3/4 cawan tepung all-purpose 
3 / 4 cup Koko Hershey's 
1-1/2 sdt baking powder


1-1/2 sudu teh baking soda


1 sudu teh garam

2 butir telur
1 cawan susu
1 / 2 cawan minyak sayur
2 sudu besar esen teh vanila
1 cawan air mendidih










Photobucket

Isnin, 9 Ogos 2010

CARA AMBIL TEMPAHAN & PEMBAYARAN




Salam sejahtera kepada pelanggan Fazi Fuzy Cakes semua,

Harap maklum, sekiranya tuan/puan ingin menempah sebarang cupcakes sila isi borang dahulu. Kemudian saya akan reply dalam masa 2 hari (paling lewat) kerana saya tidak berada di depan komputer 24 jam. Saya akan berikan sebutharga sepertimana yang tuan/puan kehendaki. 

Sekiranya tuan/puan saya nak cepat mendapat tindak balas, boleh terus sms atau call saya di talian 019-3757299. 

Pesanan hendak dibuat paling lewat 2 minggu sebelum tarikh PICK-UP. Lagi awal lagi bagus. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan atau pesanan penuh.

Sekiranya setuju dan puas hati dengan harga yang diberikan. Tuan/puan boleh buat pembayaran pendahuluan 50%  sebagai tanda setuju. Sila maklumkan saya yang pembayaran secara online telah dibuat melalui sms (019-3757299) dan emel (slip pembayaran). 

Pembayaran hendaklah dibuat paling lewat seminggu (untuk kuantiti sedikit) dan 2 minggu lebih awal (untuk kuantiti yang banyak) sebelum tempahan siap.
Selagi pembayaran tidak dibuat, kami akan abaikan pesanan tersebut.

Sekiranya ada perubahan pesanan/tempahan ke nilai wang lebih rendah disaat akhir,
kami tetap menggenakan caj yang sama dengan nilai pesanan yang awal.

Harap Maklum dan terima kasih

Salam Ramadhan dari Fazi




Photobucket

Ahad, 8 Ogos 2010

HB: CUPCAKES HUTAN RIMBA LAGI





KEK: COKLAT MOIST 
TOPPER: FONDANT + BUTTERCREAM 
FILLING:  STRAWBERRY
SIZE : SMALL
KUANTITI: 50PCS


DItempahan oleh  Che Me ( Cameraman) untuk 2 orang anak daranya iaitu Nurkasih & NurAin sempena majlis hari jadi. Che Me nak macam cupcakes yang saya buat untuk team  telemovie :Pak Nil, Ibu kirim Salam.


Photobucket

CUPCAKES COKLAT BERRY


Resipi hari ini adalah  
CUPCAKES COKLAT BERRY. Boleh di cuba hari ini untuk minum petang bersama keluarga. Fazi suka buat cupcakes coklat berry ni untuk keluarga kerana rasanya yang lazat. 

Kalau puan-puan rajin cuba la resipi ini. Kalau dah cuba, bagitau saya bagaimana hasil dan rasanya.  Selamat mencuba. 




Resipi Kek
100gram blackberry ( buah segar ataupun yang di dalam tin)
3 sudu besar air
225 gram gula caster
100 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
100 gram soft margerin
2 biji telur (saiz biasa)
1 sudu besar serbuk koko

Resipi Ganache
150 gram plain dark chocolate
150 gram double cream
12 gram blackberry 









Photobucket